Fakulti Kejuruteraan telah mengadakan Karnival Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2019 pada 23 – 25 Sept 2019 di P19, UTM Johor Bahru. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pameran keselamatan dari pihak luar dan unit OSHE UTM. Acara Fun Run terpaksa dibatalkan disaat akhir akibat dari keadaan jerebu yang melanda negara sekarang namun acara lain berjalan seperti biasa seperti ceramah keselamatan. Hari kedua Sekolah Komputeran telah menganjurkan Hazard Run manakala Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan menganjurkan kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan dari Hospital Sultan Ismail dan KPJ bagi memeriahkan lagi karnival kali ini.

Untuk gambar penuh KLIK