Transfer/Direct Entry Students

“Kemasukan Terus” bermaksud pelajar yang boleh dipertimbangkan mendapat pengecualian kredit dan diterima masuk ke semester yang bersesuaian berdasarkan kepada kelayakan terdahulu.

“Pengecualian Kredit” (Credit Exemption – CE) merupakan kredit yang diberi pengecualian (Kredit Kecuali) semasa proses permohonan masuk ke sesuatu program pengajian berdasarkan pencapaian dalam kursus berkaitan. Ia merupakan pengecualian kepada sebahagian daripada keperluan kredit untuk pengijazahan yang diberi berdasarkan kelayakan sedia ada (diploma, ijazah atau pengalaman) yang diiktiraf oleh kerajaan.

Bagi pelajar kemasukan terus, tempoh maksimum pengajian ditetapkan oleh fakulti berdasarkan kepada jumlah pengecualian kredit yang diluluskan. Pengiraan tempoh maksimum mengikut jumlah pengecualian kredit seperti berikut:

Jumlah Pengecualian Kredit (CE) Tempoh Maksimum (Semester)
<20 (1.5 x tempoh lazim) – 0
20 – 33  (1.5 x tempoh lazim) – 1
34 – 50 (1.5 x tempoh lazim) – 2
51 – 60  (1.5 x tempoh lazim) – 3

 

  • Permohonan Pengecualian Kredit hendaklah dibuat kepada fakulti pelajar dan urusan permohonan hendaklah diselesaikan dalam minggu KETIGA (3) semester pertama pengajian.
  • Kursus yang diberikan Kredit Kecuali dan Kredit Pindah hendaklah setara dengan kurikulum program pengajian Universiti dari segi pengiraan beban akademik dan nilai kredit.  Jumlah isi kandungan hendaklah sama atau tidak kurang daripada 80% daripada kandungan kursus berkaitan di Universiti.
  • Jumlah  maksima Pengecualian Kredit dan Perpindahan Kredit adalah 38 kredit SAHAJA.
  • Permohonan Pengecualian Kredit dan Perpindahan Kredit hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perpindahan Kredit Mata Pelajaran UTM.E/3-8.
  • Kelulusan untuk Pengecualian Kreditdan Perpindahan Kredit akan diberi oleh Fakulti yang menawarkan kursus.

 

SENARAI KURSUS PENGECUALIAN KREDIT DI SEKOLAH KOMPUTERAN

** Please refer to Subjects Offered for course content.

Kod & Nama Kursus Gred semasa diploma
SCSI 1013 Discrete Mathematics B
SCSI 1113 Computational Mathematics B
SCSJ 1013 Programming Technique I C
SCSJ 1023 Programming Technique II B
SCSP 1513 Technology & Information System C
SCSR 1013 Digital Logic C
SCSR 1213 Network Communications B
SCSV 1223 Web Programming B
SCSD 2523 Database B
SCSJ 2013 Data Structure and Algorithm B
SCSR 2033 Computer Organization & Architecture B
SCSR 2043 Operating System B
UHAS 1172 Dinamika Malaysia C
UICI 1012 TITAS C
UICL 2302 The Thoughts of Science & Technology C
UKQXxxx2 Co-Curriculum (UTMKL Diploma only) C

 

Examples of credit exemption for Diploma of Computer Science from UiTM.