Entry Requirement – Bachelor of Computer Science (Bioinformatics)

Taraf Pemohon Asas Kemasukan ke Universiti Syarat Khas Program (seperti kelulusan Senat)
Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Tahun asas UiTM/ Asasi Undang-Undang KPT
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
DAN
Lulus matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Tahun Asas UiTM/ Asasi Undang-Undang KPT sekurang-kurangnya NGNP 2.00 DAN mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET);
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) dalam Matematik DAN lulus sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) dalam mana-mana SATU subjek berikut:
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sains Informatik
    • DAN
      Mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM
STPM dan setaraf
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/SPMV dengan mendapat Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
DAN

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya:

  • Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;
DAN
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran lain.
DAN
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET)
Diploma atau setaraf
Memperolehi Diploma atau pensijilan lain dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti. DAN Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET)
Memperolehi Diploma Sains Komputer Universiti Teknologi Malaysia (UTM) atau setaraf sekurang-kurangnya NGMP 2.50
ATAU
Calon dengan NGMP <2.50, dengan sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan boleh memohon
DAN
lulus kepujian dalam Matematik peringkat SPM atau setaraf
ATAU
Mendapat sekurangkurangnya Gred C dalam Matematik peringkat Diploma.

 

Nota: Calon perlu menghantar transkrip lengkap Diploma (Semester 1 hingga semester akhir) dan satu salinan Diploma atau Surat Pengesahan Graduan yang disahkan benar.