Mohon kerjasama semua juruteknik yang terlibat menjaga makmal penyelidikan di N28 dan N28a untuk mencetak maklumat polisi pendaftaran workspace & polisi penggunaan makmal penyelidikan dengan saiz A3 daripada muka surat 2-5 kecuali borang permohonan workspace.
Mohon ditampal pada kedudukan yang senang dibaca oleh pelajar dan sekiranya saiz makmal yang besar mohon ditampal pada bahagian dinding kiri dan kanan.
Prosidur pendaftaran saya cadangkan ditampal sama ada di depan pintu masuk makmal atau pada dinding yang berdekatan dengan pintu masuk.
Mohon bantuan tam untuk masukkan maklumat tersebut dalam lab management system untuk fail pdf yang disertakan.
Terima kasih atas kerjasama semua & wassalam