Penggunaan WiFi AP Peribadi

1. FC tiada halangan untuk pensyarah memasang WiFi AP (Access Point) peribadi kerana memahami akan keperluan pensyarah.

2. Namun begitu, kerjasama semua pensyarah yang memasang WiFi AP sendiri amat diperlukan bagi menjamin persekitaran yang bebas gangguan rangkaian dan gangguan mental.

3. Pensyarah boleh membantu dengan menuruti garis panduan berikut (konfigur sendiri), atau boleh hubungi PIT bagi bantuan konfigurasi. Justifikasi lanjut tentang konfigurasi akan dimaklumkan di dalam mesej berasingan.

4.Garis panduan WiFi AP sendiri:
a) Tetapkan ‘Transmit Power’ kepada paras PALING RENDAH.
b) Tetapkan ‘Channel’ pada no 11
c) Tetapkan Channel Width’ kepada 20Mhz
d) Tetapkan ‘Beacon Interval’ kepada 1000
e) Tetapkan ‘WPS’ kepada disabled
f) Tetapkan keselamatan AP dengan menggunakan WPA2

5. Kerjasama semua pensyarah di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian. ✌