Select Page

Tarikh : 02 April 2020

Kepada Semua Pelajar,
BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN): SEMAKAN DAN KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Seperti sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan pembayaran bantuan one-off sebanyak RM200 kepada pelajar Universiti Awam (UA) menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020 dan akan dibayar pada bulan Mei 2020.

3. Bantuan akan diberikan berdasarkan kriteria seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;
b) pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di UA di pelbagai peringkat iaitu termasuk matrikulasi, asasi, sijil, A-Level dan setaraf, diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c) pelajar yang sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif di UA pada 31 Mac 2020; dan
d) pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa.

4. Dengan itu, pelajar adalah diminta untuk mengambil tindakan di bawah:

a) Pelajar perlu membuat semakan di portal MyUTM untuk pastikan maklumat akaun bank di sistem Univ tepat dan masih aktif (semakan di portal MyUTM > My Profile > Student Info > Financial > Scholarship tab).

b) Bagi pelajar yang tiada akaun bank CIMB atau BIMB, pelajar perlu membuka akaun bank CIMB (panel bank UTM) untuk memudahkan pengkreditan ke akaun bank pelajar.

c) Pelajar perlu menghantar emel ke bendahari-ukp@utm.my (perlu sertakan salinan akaun bank) untuk kemaskini maklumat akaun bank di sistem jika:
• Tiada maklumat akaun bank direkodkan di sistem.
• Maklumat akaun bank di sistem tidak tepat.
• Maklumat akaun bank sudah tidak aktif. Perlu kemukakan maklumat akaun bank yang terkini.

d) Pelajar perlu membekalkan maklumat akaun bank atas nama pelajar sahaja. Bukan atas nama waris/penjaga/pihak ketiga.

Sekian, terima kasih.

“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”

Jabatan Bendahari
Universiti Teknologi Malaysia

Dear Students,

Hope everyone is coping well with MCO. As you know, yesterday 1st April, UTM began online learning. Perhaps some of you have just gone through that experience. Did you enjoy it? Do share that experience with us.

If you have any problem with regard to online learning, please consult your lecturers or please contact our hotlines.

We assure you that, whatever difficulties you have will be attended to, insyaAllah. We won’t allow any of our student to be left out. We have prepared various contingency plans to cater for everyone’s need.

We really care for you.

Thanks, stay safe, stay healthy and keep on praying

Sincerely, your VC 😊