07-5558518
PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN BILIK KULIAH, BILIK SEMINAR & BILIK STOR DOKUMEN ARAS 4
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.     Dimaklumkan Program Gotong Royong akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 14 Julai 2020 (Selasa)
Masa : 9.00 PAGI HINGGA SELESAI
Tempat :  Bilik Kuliah, Bilik seminar & Bilik Stok Dokumen aras 4
Pakaian : Yang bersesuaian
Antara perkara yang akan dijalankan adalah:
– Membersihkan bilik-bilik kuliah
– Menyusun atur semula bilik kuliah yang rosak
– Mengalihkan perabot baharu/lama ke dalam stor
– Menyusun atur penjarakan kerusi dan meja mengikut SOP
– Membuat penandaan jarak mengikut SOP
– Pembersihan & penyusunan fail di bilik stor dokumen aras 4
Segala kerjasama dan perhatian saudara dalam membantu dan memastikan program Gotong Royong ini berjalan lancar diucapkan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
PROF. DR. KAHAR BIN OSMAN
Chair
School of Biomedical Engineering & Health Sciences
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru

Lihat Album KLIK