07-5558518

Untuk makluman, Program Hari Ozon Sedunia 2020 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 29 dan 30 September 2020 akan dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Universiti Tekonologi Malaysia (UTM) di Dewan Azman Hashim, UTMKL.

Sehubungan dengan itu, Pejabat Pelestarian Kampus UTMKL (UTMCS) akan mengadakan booth bagi program Jom Derma Pakaian Terpakai yang bertujuan untuk pengumpulan baju terpakai / baru yang berlangsung ketika program tersebut.

Bagi menyokong program tersebut di UTMJB, Pejabat Pelestarian Kampus UTMJB (UTMCS) akan mengadakan pengumpulan dan kutipan baju terpakai / baru yang ingin didermakan untuk dihantar ke UTM KL. Tarikh pengumpulan dan kutipan akan dijalankan pada :

Tarikh : 22 & 23 September 2020
Tempat Pengumpulan dan Penghantaran : Pejabat UTMCS, Blok M38, UTM Johor Bahru
Kutipan : PTJ masing-masing

Bagi Unit Green SKBSK yang diketuai oleh Dr. Mariaulpa turut mengadakan booth Derma Pakaian Terpakai di V01. Ramai yang telah menyambut baik kempen ini dengan mendermakan pakaian mereka bagi menjayakan program ini. Terima kasih kepada semua yang bermurah hati mendermakan pakaian dan tenaga bagi menjayakan program ini.

Lihat Gambar Penuh KLIK