Select Page

Ceramah Bulan Ramadhan Ramadhan Bulan Taqwa Dan Kemenangan

ceramah-2014  25 Jun, 2014 (Rabu) JAKSIS telah mengambil langkah terbaiknya sempena bulan Ramadhan dengan menganjurkan ceramah menyambut bulan Ramdahan al Mubarak dengan tajuk Bulan Ramadhan Bulan Taqwa dan Kemenangan. Tuan Haji Tarmizi Osman, Pengetua Sekolah Pintar Bistari, Pasir Gudang telah dijemput menyampaikan ceramahnya. Dalam ceramah beliau, penekanan betapa bulan Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan dan bulan mendapatkan pahala sebanyaknya dan juga bulan kemenangan, serta mengajak para hadiri sama-sama mengejar melakukan kebaikan dan mendapatkan keampunan Allah SWT. Semua ini akan tercapai sekiranya Islam kaffah atau sempurna dapat dil-aksanakan dengan melaksanakan Islam .
Sayangnya, dengan hanya menumpukan kepada ibadah khusus semata tidak akan mencapai tahap ketaqwaan yang sebenar. Ini kerana Islam merangkumi penyelesaian tentang hubungan dengan diri sendiri, hubungan dengan tuhannya dan masyakaratnya iaitu dalam 3 dimensi hub-ungan dengan diri sendiri melibatkan urusan pakaian, minuman, makanan dan akhlak, hubungan dengan penciptanya melibatkan urusan aqidah dan ibadah dan urusan sesama manusia melibatkan urusan muamalat dan beberapa sistem yang lain. Di mana, penyelesaian berhubung hub-ungan dengan masyarakat seperti sistem penghukuman dan sistem ekonomi ini terlalau banyak dilalaikan. Untuk itu, para hadiri diajak agar membina Islam kaffah dengan mengajak melaksanakan seluruh penghukuman Islam agar ketaqwaan dan kemenangan dapat dicapai. Di akhir perbicaraan ceramah beliau menekankan dengan mendirikan sistem pemerintahan Islam dan Negara Islam akan pasti ketaqwaan sebenar-benarnya itu dapat dicapai.

Bersama itu juga, para hadirin sama-sama mengaminkan doa selamat yang dibacakan oleh Tuan Haji Tarmizi untuk staf fakulti yang kembali bertugas dari ditimpa kesakitan dan kesusahan terutamanya Prof Madya Dr. Ramli Mat bekas Timbalan Dekan Akademik. Semoga, beliau dan mereka yang lain akan diberikan kesembuhan, ketenangan dan kebaikan yang berterusan dalam menjalankan tuggas mereka.

ceramah2-2014         ceramah3-2014

Laporan: Dr Agus Arsad