Select Page

Sukacita dimaklumkan bahawa FKT melalui Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi merancang untuk mengadakan sesi perkongsian input, kepakaran dan pengalaman penyelidik-penyelidik kanan fakulti bersama warga UTM melalui penganjuran program “Sesi Sembang Santai FKT”.

Sesi berbentuk forum ini bertujuan untuk menyediakan platform bagi penyelidik-penyelidk kanan fakulti untuk berkongsi kepakaran, pengalaman dan pandangan masing-masing dengan staf & pelajar UTM dengan objektif utama mengukuhkan minat serta memperkasakan jati diri didalam ekosistem UTM yang serba dinamik sesuai dengan gagasan UTM untuk menjadi pusat perkembangan ilmu terulung di rantau ini.

Sehubungan dengan ini, sukacita Yg.Bhg. Dato’/ Datuk/ Prof./ Tuan/ Puan semua dijemput untuk menghadiri siri kedua (Siri 2) program Sesi Sembang-Santai FKT dengan butiran ringkas seperti berikut:

Tajuk Forum: “Kerjaya Akademik dan Tanggungjawab kepada Alam Sekitar”
Ahli Panel: Prof. Dr. Maketab bin Mohamed
Moderator: Dr. Mohd Kamaruddin Abd Hamid
Tarikh: 28 Mac 2018 (Rabu))
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Professor Pelawat, Aras 1, N01A, FKT

Full video can be watched here: https://www.facebook.com/fceeutm/videos/2052903824776972/