Pada 16.3.2018, telah berlangsungnya Program BBQ bagi Jabatan Sains Komputer yang diadakan di Tempat Barbeku Tasik UTM. Hampir 200 orang pelajar telah menghadiri program BBQ ini yang terdiri daripada pelajar Tahun 1,2 ,3 dan 4 serta pensyarah-pensyarah dari Jabatan Sains Komputer. Tujuan utama program ini adalah untuk menyambut kehadiran pelajar baru Sem II seramai 28 orang dan menyambut kepulangan pelajar Tahun 4 dari Latihan Industri. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara para pelajar dan pensyarah. Program BBQ seperti ini telah dijalankan pada tahun lepas dan mendapat sambutan yang baik dari pensyarah mahupun pelajar, seterusnya mendorong jabatan Sains Komputer untuk menjadikan aktiviti BBQ ini sebagai aktiviti tahunan.
—
Laporan oleh Zaid 4SCSR dibantu oleh Syuhaidah 4SCSR. English report by Ms Hazinah at the bottom.
—
Membeli barang-barang keperluan di Mydin Mall, Mutiara Rini.
- Preparing the food at Ms Marina’s house
- Radhi, Hamizan & Syafiq
- 3rd year girls & boys manning the registration table
- Boys preparing the BBQ pit
Acara dimulakan pada pukul 8 dengan ucapan alu-aluan daripada pengacara majlis, Firdaus Hayali (4SCSR) dan Amirul Zulkafli (4SCSR) serta bacaan doa makan oleh saudara Muhammad Haziq Danial (1SCSR) dan diteruskan dengan aktiviti utama iaitu makan. Terdapat pelbagai juadah yang telah disediakan pada program BBQ ini. Antara menu utama yang disediakan ialah ayam bakar, kambing bakar, nasi goreng, dan spaghetti bolognese. Menu sampingan yang disediakan ialah otak-otak, jagung bakar, kentang putar, sosej bakar. Pencuci mulut pula ialah brownies, koktel buah, congo bar, colek buah, dan tart keju. Program diteruskan dengan ucapan penghargaan dari Pengarah Program BBQ iaitu Zaid Harith (4SCSR).
- BBQ squad
- Ms Marina, Dr Mazura & Ms Hazinah
- Amirul, the MC
- Pilih makanan
- Puan Rashidah at the dessert table.
- 1st year boys
Sebagai hiburan bagi Program BBQ ini, terdapat beberapa persembahan yang telah dilakukan oleh pelajar SCSR sendiri. Pelajar Tahun 2 membuat persembahan tarian (Panama Dance) dan Pelajar Tahun 3 dan 4 membuat persembahan gitar akustik. Suasana malam Program BBQ ini lebih meriah dengan persembahan yang telah dipersembahkan. Selain persembahan daripada pelajar, beberapa permainan juga telah diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar.
- The 2nd year dancers
- Very sporting of them! We enjoyed it.
- Our in-house band
- Haniful trying his pickup lines on Fatihah 🙂
- 4th year enjoying the performance
- Our head chef: Shamin & Wani enjoying the performance.
Aktiviti ini telah berlangsung dengan jayanya berkat usahasama daripada semua pelajar dan pensyarah yang bertungkus-lumus melakukan persiapan daripada 9 Mac 2018, sehinggalah tamatnya program tersebut. Penghargaan istimewa buat pengarah program Saudara Zaid Bin Harith (4SCSR) atas usaha untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar. Penghargaan istimewa juga ditujukan kepada pensyarah Cik Marina, atas kesudian beliau untuk memberi sokongan dan bantuan dalam menjayakan program ini. Sekalung penghargaan juga buat semua para pelajar dan pensyarah dan ahli keluarga yang sudi meluangkan masa membantu, memberi sumbangan tenaga dan wang ringgit dan memeriahkan majlis pada malam tersebut.
- We are family!
- 1SCSR
- 2SCSR
- 3SCSR
- 4SCSR
—————————
https://engineering.utm.my/hazinah/2018/03/scsr-bbq-under-the-stars-2018/
On 16 March, all the SCSR students came together under the eagle eye of SCSR Programme Coordinator Miss Marina Arshad to execute the second Annual SCSR BBQ with the theme, BBQ Under the Stars. Given that there was a last minute change of venue due to blackout, and also a threat of rain, I feel that the event was a success. The food was good (sure they need improvement, but this was a very good effort indeed), the company even better.
My heartiest congratulations and many accolades to the BBQ Committee for their tireless effort. May this be the platform on which you plan and grow your social and professional networks.
——————————–
Other pictures
- Chicken squad
- Makcik & pakcik bawangf
- Our second head chef, Aida with her 4th year crews.
- Izzat, Hamizan and Lutfi
- 3rd year boys: Bancik, Shamsul and Chiam
- Chicken is ready
- Resgistration
- Ms Marina with Samman, our new student from Bangladesh with Redhwan (Yemen) & Said (Egyp) at the background.
- Picnic
- Firdaus giving out lucky draw
- Our head chef: Shamin & Wani enjoying the performance.
- Syafiq, explaining things to Shafin while Emad is scooping the fried rice
- Zaid, our program director.
- Firdaus, the MC giving out lucky draw prizes.
- The SCSJ guest with Adfi.
- 3rd year girls
- En Noh having grilled corn on the cob
- Aida giving out prizes.
- Ms Marina with 1st year girls