Our SCSR Students at Public Sector Open Data Hackathon 2016

By Ms Hazinah & Ms Marina

Dari laman Berita Harian Online bertarikh Selasa, 25 Oktober 2016;

“Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) menganjurkan pertandingan Hackathon Data Terbuka Sektor Awam yang berlangsung secara berterusan selama 48 jam. Ia adalah platform pertandingan bertujuan menggalakkan pembangunan aplikasi atau produk berasaskan data terbuka. Pertandingan berkenaan disertai 38 kumpulan membabitkan 132 peserta yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu penjawat awam dan industri, universiti awam (UA) serta pelajar sekolah menengah. Ia dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), GITN Sdn Bhd (GSB) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).”

Pelajar CS juga telah mengagahkan diri selama 48 jam bergelumang dalam data dan presentasi data. Memandangkan ini kali pertama FC menghantarkan peserta alam pertandingan seperti ini, pencapaian mereka di tempat ke-4 amat dihargai dan dibanggakan. Tahniah dan terus berusaha.

Here are our students in action.

ABDUL AFIQ ASYRANI BIN ABDUL HALIM
AMIRUL ASLAM BIN AHMED
MOHAMAD SYAHIR BIN ABDULLAH
MOHD SHAIFUL ANUAR BIN MOHAMAD SARI
NURFADILAH BINTI ARIFFIN