SCSR FRESHMAN SEMINAR

SCSR FRESHMAN SEMINAR

11 OCTOBER 2016. 2-4PM @BK1

  1. Welcoming speech by the Head of Department (Dr Muhammad Shafie)
  2. Sharing session
    1. Dr Mazura “Academic Guidelines & Useful Sites”
    2. Ms Marina “Forecasting Grade & Getting Around”
    3. Ms Hazinah “That Extra Bit of Knowledge”
  3. PA introductions (Dr Zahilah).
  4. Tea with PA

Academic Advisors (PA) for SCSR First Year Students:


The report from Ms Hazinah

On Tuesday 11 October, the department held a seminar for all the first year students of Bachelor of Computer Science (Computer Network and Security); affectionately called SCSR. In the seminar, the students are introduced to their Academic Advisor and our Task Force, which consists of Marina, Mazura, Raja Zahilah and I, took the helm of organizing the event and the presentations.

The students were mostly attentive and the atmosphere was casual and fun. We aimed to give the students some knowledge, insight and useful tips in uni-life survival, that they can employ. I do hope that the our objective of the program was achieved, and all of us benefited greatly from it.


MAJLIS ANUGERAH SIJIL DEKAN UNTUK PELAJAR TAHUN 3

Tarikh: 3 October 2016
Satu majlis anugerah Dekan (Sem II 2015/2016) telah diadakan untuk pelajar-pelajar Tahun 3 yang dihadiri oleh Timbalan Dekan Akademik, Timbalan Pendaftar dan Dr Nor Azizah Ali.

Congratulations to the 3 SCSR students and the rest of the Third Year faculty students!

SCSR1013 Digital Logic Lab 1

SCSR1013 Digital Logic Lab 1

Digital Logic Lab 1 @ Digital Logic Teaching Lab

logic-lab1

  The lab is handled by the individual lecturer with the help of technicians Hasnah and Johari.

logic1-lab1First year students get to have hands-on experience with the simulator software, devices and circuits.

 

 

Makmal pantau ancaman siber diwujudkan – Johor – Sinar Harian | IASRG

Makmal pantau ancaman siber diwujudkan – Johor – Sinar Harian | IASRG

image22 SEPTEMBER 2016, SKUDAI – Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, menubuhkan sebuah makmal yang memberi fokus pada penyelidikan dalam bidang keselamatan siber khususnya risikan ancaman siber dan analisa malware serta ancaman berterusan maju.

Bagi tujuan berkenaan, UTM berkolaborasi bersama Cyber Security Malaysia (CSM) untuk mewujudkan makmal berkenaan yang dikenali sebagai UTM-CSM Cyber Security X Lab yang berharga lebih RM100,000.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTM, Prof Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata, antara skop kerjasama yang dijalankan adalah kajian analisa trend terkini aktiviti penggodam seperti analisa kod, memahami mekanisma malware yang digunakan untuk menyerang aplikasi, sistem operasi dan sebagainya.

Menurutnya, peruntukkan berjumlah RM260,000 turut diterima daripada CSM untuk membangunkan penyelidikan bidang tersebut yang akan menempatkan 15 penyelidik sepenuh masa.

“Kita merasakan kewujudan golongan pendidik ini boleh disatukan untuk mengekang serangan siber dalam negara.

“Jadi, penubuhan makmal ini  merupakan masa yang  tepat memandangkan peningkatan jumlah serangan siber dan teknik penggodaman yang semakin canggih,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) antara UTM CSM di Fakulti Komputeran di UTM, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Eksekutif CSM, Dr Amiruddin Abdul Wahab yang turut mewakili CSM dalam majlis pertukaran MoU itu.

Ahmad Fauzi berkata, makmal berkenaan dapat menghasilkan visual data untuk memudahkan penyelidikan analisis siber.

“Kemudahan ini sangat bernilai bagi penyelidik keselamatan analisis siber yang memerlukan infrastruktur platform bagi membolehkan pemprosesan data yang berskala besar.

“Makmal ini turut memberi impak secara langsung kepada pihak berkepentingan untuk membangun pertahanan siber negara dari serangan siber yang dinamik serta canggih dari semasa ke semasa,” katanya.

Source: Makmal pantau ancaman siber diwujudkan – Johor – Sinar Harian

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidl Adha kepada semua staf jabatan, fakulti, pelajar dan ibu bapa pelajar. Pengorbanan dalam mendapatkan kemahiran hidup adalah suatu kemestian. Kemahiran yang ditimba di universiti ini adalah pengalaman yang berharga. Jadikan kemahiran ini untuk mendapat pekerjaan yang baik selepas graduasi nanti, untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memajukan negara di masa akan datang.

PM Dr. Muhammad Shafie Abd Latiff