SCHLUMBERGER AND UTM – WOMEN AND TECHNOLOGY

DEWAN KONVENSYEN, AZMAN HASHIM BUSINESS SCHOOL

THURSDAY, 3 OCTOBER 2019

Laporan ditulis oleh Muhamad Adli Hanis, 1 SECR

 

Bagi pelajar STEM (Science,Technology,Engineering and Mathematics) sahaja yang boleh turut serta di dalam program ini. Proses bagi menyertainya adalah dengan mengisi google form dan seterusnya menunggu panggilan untuk di temuduga berkaitan program Schlumberger ini. Program ini sebenarnya ialah program yang dibuat secara tertutup kerana Schlumberger ialah syarikat eksklusif yang hanya dihadiri oleh orang-orang tertentu.

Program Schlumberger ini banyak memberi input, antaranya pada awal pagi kami di rasmikan oleh Dean of Faculty Engineering, Prof.Dato’ Ir.Dr.Mohammed Rafiq, beliau menceritakan perbezaan bilangan antara lelaki dan wanita dalam pekerjaan bidang kejuruteraan, sehingga sekarang masih kurang bilangan wanita yang menceburi kerja dalam bidang kejuruteraan. Justeru itu, beliau menyarankan kepada wanita untuk memperbanyakkan lagi menceburi bidang tersebut.

Seterusnya, kami mempunyai satu program yang mengumpulkan alumni UTM sendiri dan ahli Schlumberger untuk memberi pendapat berkaitan Women in Technology. Banyak ilmu yang diberikan contohnya bagaimana wanita ingin menyesuaikan diri dalam tempat kerja yang majoritinya lelaki yang mendominasi.

Akhir sekali, program Career path sangat membantu kami untuk mengetahui ciri-ciri resume yang ahli Schlumberger mahukan untuk mengambil pekerja baru. Terdapat 3 aspek yang paling dilihat iaitu

1.Objektif 2.Waktu ingin mula bekerja 3.Kelayakan akademik.

Selepas itu kami mendengar pelbagai pengalaman kerja daripada ahli wanita Schlumberger sendiri yang sudah berada dalam syarikat tersebut hampir 20 tahun ke atas. Memang cukup berinspirasi kesemua ahli yang menceritakan pengalaman mereka.