SECRxSCSR Family Day 2020

Pada 6 Mac 2020, Jabatan Sains Komputer telah menganjurkan program Hari Keluarga SCSRxSECR yang bertempat di Sekolah Komputeran dan Balai Cerap, Universiti Teknologi Malaysia. Program ini melibatkan hampir 200 orang pelajar tahun 1, 2, 3 dan 4 serta pensyarah dan staf daripada Jabatan Sains Komputer. Tujuan utama Hari Keluarga SCSRxSECR ini diadakan adalah bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar, pensyarah dan staf di samping memupuk semangat kerjasama dan bantu-membantu dalam kalangan individu yang terlibat. Terdapat dua aktiviti utama yang dijalankan sepanjang Hari Keluarga SCSRxSECR iaitu aktiviti gotong-royong dan BBQ.

Aktiviti gotong-royong yang diketuai oleh Mohd Zulhamdi bin Malek (4SCSR) bermula pada jam 2:30 petang hingga 5:30 petang, berlokasi di aras 3, N28, Sekolah Komputeran. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain serta membudayakan amalan hidup sihat sesama pelajar. Antara kerja yang dilakukan termasuklah membersih tandas, bilik pensyarah, koridor, longkang, CS Discussion Room serta mengecat dan melukis mural. Setiap tugasan mempunyai seorang ketua yang dilantik bagi memastikan aktiviti gotong-royong dapat berjalan dengan lancar. Di samping itu, makanan tengahari turut disediakan bagi memastikan pelajar mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan.

 

Kerja-kerja pembersihan longkang dan koridor aras 3, N28

Kerja pembersihan bilik CS Discussion Room Kerja pembersihan tandas
Seterusnya, program Hari Keluarga SCSRxSECR ini diteruskan pula dengan aktiviti BBQ pada malam harinya. BBQ ini merupakan aktiviti tahunan yang dilakukan oleh Jabatan Sains Komputer sejak tahun 2016 untuk meraikan kemasukan pelajar tahun satu serta menyambut kepulangan pelajar tahun empat yang baru menghabiskan latihan industri. Acara BBQ dimulakan dengan pemberian light stick yang berbeza warna mengikut tahun. Kemudian, sementara menunggu ketibaan pengarah Jabatan Sains Komputer, Prof. Dr. Muhammad Shafie bin Abd Latiff, beberapa permainan yang telah dicadangkan oleh pengacara majlis, Ahmad Zulfahmi bin Ahmad Ezzat (4SCSR) turut dimainkan untuk mengisi masa terluang.
Pemberian light stick kepada pelajar Cik Marina bersama pelajar SCSR dan SECR
Pertama sekali, permainan kuiz Kahoot! telah dilaksanakan untuk menguji pengetahuan pelajar mengenai ilmu asas Jabatan Sains Komputer. Lebih kurang 100 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam kuiz ini. Pemenang tempat pertama dan kedua dapat memenangi hadiah pendrive 32GB. Seterusnya, bagi memeriahkan lagi majlis, 2 sesi cabutan bertuah diadakan pada malam tersebut. Antara habuan yang diberikan termasuklah bekas makanan, pendrive 16GB, mouse, powerbank, duit, automatic kettle, headphones dan earfon JBL. Pemenang yang bertuah diberi pilihan untuk memilih hadiah yang disukai.

Pengacara majlis bersama pemenang kuiz Kahoot! tempat pertama dan kedua

Hadiah cabutan bertuah untuk sesi pertama Hadiah cabutan bertuah untuk sesi kedua
Selepas pemenang cabutan bertuah bagi sesi pertama diumumkan, acara diteruskan dengan ucapan dan perasmian program oleh Prof. Dr. Muhammad Shafie bin Abd Latiff. Pengarah program Hari Keluarga SCSRxSECR, Mohamad Sidek Fadhil bin Mohd Faudzi (4SCSR) juga dipanggil untuk memberikan sepatah dua kata sebelum bacaan doa makan oleh Arif bin Suhaimi (1SECR). Terdapat pelbagai hidangan yang disediakan iaitu nasi goreng cili api, spaghetti carbonara, spaghetti bolognese, kentang putar, ayam bakar, daging burger bakar, sosej bakar, brownies, air oren dan buah-buahan.

Ucapan perasmian oleh Prof. Dr. Shafie Ucapan oleh pengarah program

Bacaan doa oleh Arif bin Suhaimi Pemenang pertama cabutan bertuah sesi 1

Pemenang ke-2 cabutan bertuah sesi 1 Pemenang ke-3 cabutan bertuah sesi 1

Pemenang ke-4 cabutan bertuah sesi 1 Pemenang ke-5 cabutan bertuah sesi 1

Buah-buahan dan brownies Ayam dan sosej bakar

Daging burger bakar Spaghetti bolognese
Sementara itu, aktiviti BBQ diteruskan lagi dengan permainan puzzle. Kepingan puzzle diberikan kepada pelajar secara rawak dan pelajar perlulah mencari lebihan kepingan yang sepadan dengannya supaya dapat dicantumkan untuk menjadi sebuah gambar. Tujuan permainan ini dijalankan ialah bagi menggalakkan interaksi yang aktif dan sihat dalam kalangan pelajar. Kemudian, sesi kedua cabutan bertuah dan sesi bergambar turut dijalankan sebelum program tamat.

Kepingan puzzle yang telah berjaya dicantum dan membentuk sebuah gambar
Pemenang pertama cabutan bertuah sesi 2 Pemenang ke-2 cabutan bertuah sesi 2

Pemenang ke-3 cabutan bertuah sesi 2 Pemenang ke-4 cabutan bertuah sesi 2

Pemenang ke-5 cabutan bertuah sesi 2 Pemenang ke-6 cabutan bertuah sesi 2
Akhir kata, program Hari Keluarga SCSRxSECR ini telah berlangsung dengan jayanya berkat usaha semua pelajar, pensyarah dan staf Jabatan Sains Komputer. Penghargaan istimewa dan jutaan terima kasih ditujukan kepada Cik Marina yang banyak memberi bimbingan, nasihat dan sokongan kepada Ahli Jawatankuasa Hari Keluarga SCSRxSECR dalam menjayakan program Hari Keluarga SCSRxSECR ini. Tidak lupa juga penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah dan staf Jabatan Sains Komputer yang banyak memberi bantuan dalam pelbagai jenis bagi melancarkan program ini. Akhir sekali, sekalung penghargaan juga buat para pelajar yang bersama-sama meluangkan masa dan tenaga untuk memastikan program ini dapat berlangsung dengan jayanya.

Ahli keluarga SCSRxSECR

Team gotong-royong pelajar tahun 2

Team gotong-royong bersama Cik Marina

Team gotong-royong bersama Cik Hazinah

Cik Marina bersama pelajar international

Puan Lizawati bersama pelajar tahun 3 dan 4

Pelajar tahun 1 bersama pensyarah

Pelajar tahun 2 bersama pensyarah

Pelajar tahun 3 bersama pensyarah

Pelajar tahun 4 bersama pensyarah