PRESS RELEASE

UTM partners with DWA to drive Digital Talent Development

JOHOR BAHRU, 21 Feb — Universiti Teknologi Malaysia (UTM), through its global prominence strategy, has set its sights on developing and maintaining strategic partnerships with renowned institutions and universities worldwide.

UTM via School of Computing, Faculty of Engineering, has signed a Memorandum of Agreement (MoA) with Digital Way Academy Sdn. Bhd. (DWA), an education social enterprise to drive digital upskilling and reskilling efforts for Malaysians through the Industry-Driven Digital Talent Development program.

The signing ceremony of this MoA was held on the 21 of February 2022 via the online platform Webex. 

The audience of the ceremony consisted of UTM and DWA delegations from Johor Bahru and Kuala Lumpur campuses respectively.

UTM was represented by its Deputy Vice-Chancellor (Academics and International), Prof. Sr Dr Hishamuddin Mohd Ali, whereas DWA by their Founders, namely Dato’ Wei Chuan Beng (Chairman) and Ms Wei Su Hwa (Managing Director).

In his speech, Prof. Sr Dr Hishamuddin Mohd Ali said this MoA would establish a strategic partnership between UTM and DWA for digital talent development, especially in critical areas of digital expertise, including Software Development, Cloud Computing, Data Science, Cybersecurity and Artificial Intelligence.

Dato’ Wei Chuan Beng, who is also an Adjunct Professor of UTM, highlighted, this MoA shall catalyse the development of 500,000 digital talents required by our country by 2025, according to MyDigital (Malaysia Digital Economy Blueprint). 

“We actively take the initiative to arm our workforce with digital skills to adapt to the new digital era and entirely new career opportunities to come.” he said.

Meanwhile its Managing Director, Ms Wei Su Hwa additionally emphasised, the partnership aims to bridge the Industry with University to provide excellent lifelong learning education solutions, which meet the needs and advancements of the industry. 

She added, all their training programs are industry-based and competency-based to prepare learners to be digitally competent and immediately productive.

Through this partnership, Malaysian youths and working adults can benefit from short Professional Courses developed jointly by UTM and DWA, led by highly-qualified subject matter experts from UTM. 

UTM and DWA join hands in widening the impact within Malaysia and globally, to develop competent digital talents who will be essential contributors to society and the economy.

#ENDS

School of Computing
Faculty of Engineering
Universiti Teknologi Malaysia
Date : 21 February 2022

About Universiti Teknologi Malaysia : https://www.utm.my/
About Digital Way Academy Sdn. Bhd. : https://digitalway.net/ 
For further information, contact corporate.utmspace@digitalway.net or +6011-1060-2330.

 

 

KENYATAAN MEDIA

UTM – DWA Kerjasama Pacu Pembangunan Bakat Digital

JOHOR BAHRU, 21 Feb — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memperkasa agenda kesohoran globalnya dengan maju setapak lagi melalui jalinan kerjasama strategik dengan pihak industri dan institusi pengajian tinggi ternama.

UTM melalui Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Digital Way Academy Sdn. Bhd. (DWA), sebuah perusahaan sosial pendidikan untuk memacu usaha peningkatan kemahiran digital dan kemahiran semula untuk rakyat Malaysia melalui program “Industry-Driven Digital Talent Development”.

Majlis menandatangani MoA tersebut telah diadakan pada 21 Februari 2022 melalui platform dalam talian Webex antara UTM di kampus Johor Bahru dan DWA di Kuala Lumpur.

Dalam majlis tersebut, UTM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBrs. Prof. Sr Dr Hishamuddin Mohd Ali manakala DWA diwakili oleh Pengerusinya, YBhg. Dato’ Wei Chuan Beng dan Pengarah Urusannya, Cik Wei Su Hwa.

Dalam ucapan Prof. Sr Dr Hishamuddin Mohd Ali, beliau berkata memorandum ini akan menjalinkan hubungan kerjasama strategik antara UTM dan DWA dalam usaha pembangunan bakat digital terutamanya dalam bidang digital yang kritikal seperti kejuruteraan perisian, pengkomputeran awan, sains data, keselamatan siber dan kecerdasan buatan (AI).

Dato’ Wei Chuan Beng yang juga merangkap Profesor Adjung UTM pula berkata, Perjalinan kerjasama MoA ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan 500,000 bakat digital yang diperlukan oleh negara menjelang 2025, berdasarkan laporan MyDigital (Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia). 

“Kami secara aktif mengambil inisiatif untuk melengkapi tenaga kerja Malaysia dengan kemahiran digital untuk menyesuaikan diri dalam era digital baharu dan membuka peluang kerjaya baharu yang akan datang.” kata beliau.

Menurut Cik Wei Su Hwa, Pengarah Urusan DWA pula, perkongsian ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara industri dengan universiti bagi mewujudkan jalan penyelesaian pembelajaran sepanjang hayat yang cemerlang untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dan kemajuan industri. 

Tambah beliau, semua program latihan DWA adalah berasaskan industri dan berlandaskan kecekapan untuk menghasilkan pelajar yang berkemahiran digital dan berproduktif.

Melalui perjalinan kerjasama ini, golongan belia dan pekerja profesional berpeluang untuk mempertingkatkan kemahiran mereka melalui penganjuran kursus pendek anjuran bersama UTM dan DWA yang disampaikan oleh golongan pakar UTM. 

Hubungan kerjasama yang diwujudkan antara UTM dan DWA diharapkan dapat mengukuhkan lagi kedudukan kedua-dua pihak di peringkat negara mahupun global serta meluaskan pembangunan bakat digital yang akan menjadi penyumbang penting kepada arus perkembangan masyarakat dan ekonomi.

#TAMAT

Sekolah Komputeran
Fakulti Kejuruteraan 
Universiti Teknologi Malaysia
Tarikh : 21 Februari 2022

Tentang Universiti Teknologi Malaysia : https://www.utm.my/
Tentang Digital Way Academy Sdn. Bhd.
Hubungi corporate.utmspace@digitalway.net atau +6011-1060-2330 untuk maklumat lanjut.