Select Page

Hari Keluarga FKK 2014

Pada 19 April 2014 bersamaan hari Sabtu, pihak JAKSIS telah menganjurkan Program Hari Keluarga yang julung kalinya di bawah FKK selepas pembubaran FKKKSA dan menurut TDP kali terakhir kita berhari keluarga adalah pada tahun 2002 di bawah FKKKSA. Ini bermakna sudah 12 tahun kita tidak menganjurkan hari keluarga sebegini rupa. Alhamdullillah walaupun penyertaan tidak begitu ramai (disebabkan kekurangan penyertaan maka kita terpaksa me-nukar lokasi program kita dari Kempas Starhill Golf Resort ke Tanjong Puteri Golf Resort di saat-saat akhir) tapi syukur ke hadrat Allah SWT majlis berjalan dengan meriah dan lancar.
Majlis yang bertemakan pakaian “Merah dan Putih” dan dengan tema “Relax and Fun” dimulai dengan doa dan perasmian, kemudian telematch untuk dewasa dan kanak-kanak diikuti dengan pertandingan bowling suka-suka berkumpulan selepas makan tengahari dan di akhiri dengan minum petang dan penyampaian hadiah sebelum majlis melabuhkan tirainya.
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program HARI KELUARGA FKK 2014, terima kasih kepada yang berbahagia Dekan, TDP, KJK, kepada para penyumbang, Prof. Dr Rozainee, AMR Group, Ruby Catering, Pengerusi JAKSIS, Ajk-ajk pelaksana dan semua warga FKK yang hadir bersama ahli keluarga masing-masing. Diharapkan agar tahun hadapan akan diadakan lagi program sebegini melibatkan semua penyertaan ahli fakulti supaya ianya menjadi lebih meriah dan gembira serta dapat merehatkan minda kita dari berkerja dipejabat seharian.

hari-keluarga-fkk

Laporan oleh : Dr Eraricar Salleh