Select Page

Hari Sukan FKK 2015

hariSukan2015-banner-sm
Pagi semalam telah berlangsung dengan meriahnya Hari Sukan FKK anjuran JAKSIS. Hari Sukan FKK dimulai dengan senamrobik sebelum “FKK BADMINTON CHAMPIONSHIP 2015″ dipertandingkan. 

Alhamdullillah, aktiviti riadah kita telah mencapai matlamatnya untuk menyatukan warga FKK tanpa mengira pangkat dan dari pelbagai peringkat usia. Semua bergembira dan puas dapat bermain badminton bersama-sama walaupun dengarnya ada yang dah hampir 20 tahun tak bermain badminton tapi tetap maintain dan steady jer lawan pihak lawan semalam.


Di kesempatan ini pihak JAKSIS ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peserta dan ahli keluarga mereka, para dermawan terutama penaja utama Prof. Dr Ida Idayu Muhamad yang menaja Piala Pusingan dan bulu tangkis, semua staf dan ahli keluarga mereka yang datang memberi sokongan (KJB dll) dan akhir sekali pihak JAKSIS juga amat berterima kasih kepada semua yang datang  membawa “pot luck” yang sedap-sedap semalam untuk kita makan bersama-sama di samping sarapan yang disediakan oleh pihak JAKSIS.Keputusan Penuh Pertandingan adalah seperti berikut:

JOHAN: KUMPULAN B (PM Dr Firdausi, PM Dr Aznizam, Dr Sani, Rafiza, Kak Sarimah dan Dr Era)

N. JOHAN: KUMPULAN C (PM Adnan, Fendi, Dr Saha, Halim Yatim, Dr Alafiza dan Shida)

TEMPAT KE-3: KUMPULAN B ( Prof. Dr Ghazali, Dr. Kama, Dr Agus, Dr Hashim, Suria dan Dian)

TEMPAT KE-4: KUMPULAN D ( Saidatul, Dr Zaki, Fazlie, Dr Asmadi, Nazri Samin, Dr Nadia, Dr Mazura)