Select Page

Iftar bersama Ibu Tunggal dan Anak Yatim

Alhamdulillah. Program Iftar Bersama Anak Yatim & Ibu Tunggal anjuran bersama JAKSIS & JAKRIS telah berjaya diadakan pada 31 Julai 2013 bersamaan 22 Ramadan 1434. Seramai 70 orang anak yatim dan ibu tunggal telah diraikan dalam suasana yang harmoni di Dewan Banquet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. Mereka terdiri daripada anak yatim dari Rumah Anak Yatim ArRayyan, Rumah Anak Yatim Raudatul Mariam Taman Pulai Utama dan ibu tunggal sekitar universiti.
Dalam program tersebut, anak-anak yatim dan ibu tunggal juga telah dihadiahkan dengan duit raya, biskut raya dan tudung raya dengan harapan mereka dapat lebih kegembiraan di Aidil Fitri nanti. Program ini berjalan dengan lancar dengan tazkirah, tahlil dan doa diketuai oleh Ustaz Abdul Razak (Bilal Masjid UTM) yang dijemput khas. Sumbangan orang ramai telah disempurnakan oleh Dekan FPREE Prof. Madya Dr, Rahmat Mohsin dan pengerusi JAKSIS Hajjah Halijah Sawal. Alhamdulillah JAKSIS dan JAKRIS bersama-sama menyiapkan juadah dengan sumbangan dari saudara-saudari yang budiman sekalian. Diucapkan juga jutaan terima kasih kepada Dekan FKK kerana menyempurnakan sumbangan orang ramai di Dewan Sultan Iskandar bersama Dekan Fakulti Pengkomputeran pada masa yang sama.
Pihak penganjur JAKSIS & JAKRIS ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap individu yang telah menyumbangkan wang ringgit, masa dan tenaga bagi kejayaan program tersebut. Mudah-mudahan Allah jua menggandakan ganjaran pahala kepada tuan puan semua .

iftar1 iftar2 iftar3 iftar4