Sukacita dimaklumkan bahawa JAKSIS, Insya Allah akan menganjurkan Program Sambutan Hari Raya FKK 2014 pada 14 Ogos 2014 (Khamis). Program ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada semua staf berhimpun menyambut Syawal 1435H bersama-sama sambil mengeratkan perpaduan dan ukhwah di samping menyemai semangat kekeluargaan sesama kita.
Semua staf dijemput hadir memeriahkan sambutan hari raya yang bakal diadakan kelak. JAKSIS bercadang untuk mengadakan sambutan hari raya bertempat di N01 (kawasan parkir kenderaan di hadapan bilik cetak N01) pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari.
Sehubungan itu, JAKSIS amat mengalu-alukan sumbangan/tajaan daripada Y.Bhg. Prof./Dr./Tuan/Puan yang budiman untuk program sambutan Hari Raya Aidilfitri FKK 2014 ini.
Pelbagai menu dan acara menarik telah dirancang bagi memastikan kemeriahan berganda untuk sambutan ini, oleh itu semua staf diharap dapat memperuntukkan masa ke majlis ini kelak dengan berpakaian raya (Baju Melayu bersongkok – lelaki dan kurung/kebangsaan – wanita ) – (ada hadiah untuk yang bertuah mengikut tema).