Select Page

Majlis Perpisahan Timbalan Pendaftar yang Juga Merangkap Pengerusi JAKSIS

TP-Pindah25 Jun, 2014 (Rabu). Majlis perpisahan dianjurkan untuk mengucapkan selamat berpindah kepada Hajjah Halijah yang bertukar ke Unit Alumni UTM sebagai Timbalan Pendaftar menggantikan Puan Siti Nur Azimah Hassan Basri yang menjadi Timbalan Pendaftar (Akademik) di FChE. Beliau mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semasa berada di Fakulti kepada pihak pengurusan terutama dekan, timbalan dekan dan ketua-ketua jabatan. Beliau melahirkan rasa sedih meninggalkan FChE ini setelah berkhidmat selama lebih kurang 7 tahun di bawah pentadbiran 3 dekan yang berbeza.

Hajah Halijah juga mengucapkan terima kasih kepada JAKSIS atas kerjasama yang diberikan semasa bersama merangka dan menjalankan aktiviti, walaupun baru setahun bersama telah banyak program telah dilaksanakan agar JAKSIS kembali aktif memberikan khidmat kebajikan kepada ahli FChE.

Majlis juga mengucapkan selamat datang kepada Puan Siti Nur Azimah Hassan Basri memulakan khidmatnya sebagai Timbalan Pendaftar Akademik di fakulti ini.

Laporan oleh: Nurshahida Zahari