Perlaksanaan Projek Sarjana Muda (PSM) 1 dan 2

Semua pelajar dibenarkan untuk menyelesaikan kursus PSM 1 dan 2 pada semester 2, 2019-2020. Walaubagaimanapun, pelajar yang tidak dapat menyelesaikannya, dibenarkan untuk menjalani kursus PSM 1 dan 2 pada semester 3, 2019-2020. Penyelia akan mengisi maklumat tersebut dalam google sheet yang disedia.Pelajar yang bersetuju untuk menjalani kursus PSM (1 dan 2) pada semester 2,2019-2020, diminta bersedia untuk menghantar segala dokumen penilai PSM.Tetapi ini tidak bermaksud pelajar boleh melakukan ujikaji dan kajian lapangan di dalam kampus. Perubahan peraturan (jika ada) akan diberitahu dari semasa ke semasa.

Pelajar dikehendaki menghubungi penyelia dan memberi keputusan sama ada ingin menjalani kursus PSM (1 dan 2) pada semester 2 atau semester 3, 2019-2020.

Dalam masa yang sama sila berkongsi maklumat berikut kepada penyelia.

1. Kualiti internet untuk memuatnaik video ke youtube dan sebagainya.
2. Kualiti internet untuk menerima Whatsapp video call.
3. Kebolehan untuk menyertai sebarang online meeting oleh Google Meet atau Webex.

Ringkasan Perlaksanaan Projek Sarjana Muda (PSM) 1 dan 2 (Kepada yang ingin menjalani kursus PSM pada semester 2, 2019-2020)

Kepada yang ingin menjalani kursus PSM pada semester 3,cara perlaksanaannya tetap sama.Tarikh akhir penghantaran dokumen akan dipaparkan dilaman sesawang ini selepas 15 Julai 2020.

PSM 1

1. Pelajar dikehendaki menghantar draf tesis PSM 1 kepada penyelia.

2. Pelajar juga dikehendaki menyediakan satu video pembentangan untuk dinilai sebagai menggantikan pembentangan lisan PSM 1. Kemudian, pelajar akan menerima satu set ulasan dan komen penilai untuk penambahbaikan draf tesis pelajar. Penambahbaikan hanya akan dipantau oleh penyelia sahaja.

3. Tarikh akhir penghantaran draf tesis dan video pembentangan kepada penyelia ialah pada hari Isnin, 22 Jun 2020, sebelum pukul 4 petang.

 

PSM 2

1. Pelajar dikehendaki menghantar draf tesis PSM 2 dan technical paper kepada penyelia.

2. Pelajar juga dikehendaki menyediakan satu video pembentangan untuk dinilai sebagai menggantikan pembentangan lisan PSM 2. Kemudian, pelajar akan menerima satu set ulasan dan komen penilai untuk penambahbaikan draf tesis pelajar. Penambahbaikan hanya akan dipantau oleh penyelia sahaja.

3. Pelajar juga wajib untuk menghadiri satu sesi soaljawab atas talian. Tarikh dan waktu akan ditentukan oleh pihak Sekolah Kejuruteraan Mekanikal.

4. Tarikh akhir penghantaran draf tesis, technical paper dan video pembentangan kepada penyelia ialah pada hari Isnin, 22 Jun 2020, sebelum pukul 4 petang.

5. Sesi soaljawab atas talian akan diadakan bermula dari hari Isnin, 29 Jun 2020 hingga hari Khamis, 2 Julai 2020. Masa soaljawab hanya sekitar 10 minit sahaja.

Keterangan

1. Video pembentangan (video presentation) bermaksud pelajar menyediakan satu video yang
menerangkan kandungan PSM 1 atau PSM 2 bagi menggantikan pembentangan lisan yang menjadi amalan sebelum ini.

2. Antara contoh video presentation yang boleh dibuat oleh pelajar adalah seperti berikut. Tetapi pelajar digalakkan untuk menggunakan kekreativitian pelajar untuk menghasilkan video yang lebih berkualiti. Cadangan di bawah ini hanya contoh dan panduan sahaja.Sila rujuk nota “PSM Online” di bawah.

  • Merakam pembentangan pelajar dihadapan telefon pintar atau alat rakaman yang lain.
  • Membuat slide presentation dan memasukkan rakaman suara pelajar di dalam slide (narrated slide)
  • Merakam video dengan telefon pintar, dan dimasukkan dalam slide powerpoint, secara berselang-seli dengan “narrated slide”.
  • Merakam screen komputer (screen recording) untuk presentation.

3. Walaubagaimanapun, pelajar dikehendaki mematuhi syarat berikut:

  • Sila namakan fail video dengan menggunakan nombor matrik dan nama pelajar, contoh: “AM1122334-ahmad.mpeg4”
  • Video presentation mestilah diantara 10 minit hingga 15 minit. Tidak boleh lebih dari 15 minit. 
  • Pelajar perlu memulakan video dengan memaparkan nama pelajar, nombor matrik, no telefon dan email.
  • Pelajar perlu menampakkan wajah di dalam presentation tetapi boleh diselang-selikan dengan slide yang ingin dipaparkan. Sekurang-kurangnya pada 1-2 minit yang pertama, pelajar bolehlah memaparkan video wajah mereka ketika sesi pengenalan diri dan tajuk kajian.
  • Pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis perisian untuk membuat suntingan video dan sebagainya, tetapi mestilah menunjukkan ciri-ciri pelajar terlibat secara langsung dalam pembentangan tersebut.
  • Pembentangan yang bersifat “video dokumentari” tidak diterima sebagai video pembentangan PSM.

4. Pelajar perlu untuk menghantar fail video presentation kepada penyelia masing-masing. Pelajar juga boleh untuk memuatnaik video ke youtube atau laman web yang seumpamanya, dan hanya memberikan pautan video tersebut kepada penyelia. Kemudian, penyelia akan menghantar video tersebut kepada panel penilaian PSM, panel PSM akan menghubungi pelajar untuk memberi makluman video presentation telah diterima dan boleh diakses.

5. Bagi pelajar PSM 2, jadual sesi soaljawab atas talian akan dipaparkan di dalam website dan akan juga diemel kepada pelajar.

PSM Online – Notes and Tips