Perlaksanaan Projek Sarjana (PS) 1 dan 2

Semua pelajar dibenarkan untuk menyelesaikan kursus Projek Sarjana (PS) 1 dan 2 pada semester 2, 2019-2020. Walaubagaimanapun, pelajar yang tidak dapat menyelesaikannya, dibenarkan untuk menjalani kursus PS 1 dan PS 2 pada semester 3, 2019-2020. Tetapi ini tidak bermaksud pelajar boleh melakukan ujikaji dan kajian lapangan di dalam kampus. Perubahan peraturan (jika ada) akan diberitahu dari semasa ke semasa.

Pelajar dikehendaki menghubungi penyelia dan memberi keputusan sama ada ingin menjalani kursus PS (1 dan 2) pada semester 2 atau semester 3, 2019-2020. Dalam masa yang sama sila berkongsi maklumat kualiti internet pelajar kepada penyelia masing-masing.

Ringkasan Perlaksanaan Projek Sarjana (PS) 1 dan 2 untuk Semester 2, 2019-2020  adalah seperti berikut ;

PS1

 

1.Pelajar dikehendaki menghantar draf tesis PS 1 kepada penyelia.

2.Pelajar juga dikehendaki menyediakan satu video pembentangan untuk dinilai sebagai menggantikan pembentangan lisan PS 1. Kemudian, pelajar akan menerima satu set ulasan dan komen penilai untuk penambahbaikan draf tesis pelajar. Penambahbaikan hanya akan dipantau oleh penyelia sahaja.

3.Contoh video pembentangan dan nota berkaitan boleh didapati disini.

ONLINE NOTES

4.Tarikh akhir penghantaran draf tesis dan video pembentangan kepada penyelia ialah pada hari Isnin, 22 Jun 2020, sebelum pukul 4 petang.

PS 2

1.Pelajar dikehendaki menghantar draf tesis PS 2 dan technical paper kepada penyelia.

2.Technical paper dinilai mengikut piawaian penilaian Jurnal Mekanikal. Dalam masa seminggu, pelajar akan menerima keputusan penilaian. Pelajar dikehendaki menjawab semua perkara yang dinyatakan dalam penilaian tersebut. Technical paper yang telah diperbaiki perlu dihantar sekali lagi kepada penyelia untuk dimajukan kepada penilai. Penilai akan membuat penilaian terakhir berdasarkan technical paper tersebut.

3.Template Jurnal Mekanikal boleh dimuatturun melalui pautan ini.

DOWNLOAD TEMPLATE

4.Tarikh akhir penghantaran draf tesis dan technical paper kepada penyelia ialah pada hari Isnin, 22 Jun 2020, sebelum pukul 4 petang.

5.Tarikh akhir penghantaran technical paper yang telah diperbaiki kepada penyelia ialah pada hari Isnin, 6 Julai 2020.

 

 

 

Keterangan

  1. Video pembentangan (video presentation) bermaksud pelajar menyediakan satu video yang menerangkan kandungan PS 1 atau PS 2 bagi menggantikan pembentangan lisan yang menjadi amalan sebelum ini.
  2. Antara contoh video presentation yang boleh dibuat oleh pelajar adalah seperti berikut. Tetapi pelajar digalakkan untuk menggunakan kekreativitian pelajar untuk menghasilkan video yang lebih berkualiti. Cadangan di bawah ini hanya contoh dan panduan sahaja.
    • Merakam pembentangan pelajar dihadapan telefon pintar atau alat rakaman yang lain.
    • Membuat slide presentation dan memasukkan rakaman suara pelajar di dalam slide (narrated slide)
    • Merakam video dengan telefon pintar, dan dimasukkan dalam slide powerpoint, secara berselang-seli dengan “narrated slide”.
    • Merakam screen komputer (screen recording) untuk presentation.
  3. Walaubagaimanapun, pelajar dikehendaki mematuhi syarat berikut:
    • Sila namakan fail video dengan menggunakan nombor matrik dan nama pelajar, contoh: “MM1122334-britney.mpeg4”
    • Video presentation mestilah diantara 20 minit hingga 25 minit. Tidak boleh lebih dari 25 minit.
    • Pelajar perlu memulakan video dengan memaparkan nama pelajar, nombor matrik, no telefon dan email.
    • Pelajar perlu menampakkan wajah di dalam presentation tetapi boleh diselang-selikan dengan slide yang ingin dipaparkan. Sekurang-kurangnya pada 1-2 minit yang pertama, pelajar bolehlah memaparkan video wajah mereka ketika sesi pengenalan diri dan tajuk kajian.
    • Pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis perisian untuk membuat suntingan video dan sebagainya, tetapi mestilah menunjukkan ciri-ciri pelajar terlibat secara langsung dalam pembentangan tersebut.
    • Pembentangan yang bersifat “video dokumentari” tidak diterima sebagai video pembentangan PS 1.
  4. Pelajar perlu untuk menghantar fail video presentation kepada penyelia masing-masing. Pelajar juga boleh untuk memuatnaik video ke youtube atau laman web yang seumpamanya, dan hanya memberikan pautan video tersebut kepada penyelia. Kemudian, penyelia akan menghantar video tersebut kepada panel penilaian PS, panel PSM akan menghubungi pelajar untuk memberi makluman video presentation telah diterima dan boleh diakses.
  5. Bagi pelajar PS 2, mereka perlu menghantar satu technical paper mengikut format Jurnal Mekanikal. Template format disediakan di bawah ini. Penilaian akan dibuat berdasar piawaian Jurnal Mekanikal. Technical paper berkualiti, akan diterbitkan di dalam Jurnal Mekanikal dalam terbitan yang berikutnya. Sila berbincang dengan penyelia berkenaan dengan tatacara penulisan technical paper.
Kriteria Pemarkahan

Pemarkahan PS 1

Pemarkahan oleh Peratusan
Perlaksanaan PS 1 Penyelia 50%
Draf PS 1 Penyelia 20%
Video pembentangan (problem statement, objective, scope, literature review, methodology, work planning) Penilai 15%
Video pembentangan (video quality, voice, eye contact, creativity) Penilai 15%

Pemarkahan PS 2

Pemarkahan oleh Peratusan
Perlaksanaan PS 2 Penyelia 30%
Draf PS 2 Penyelia 35%
Technical paper Penyelia 5%
Technical paper (Jurnal Mekanikal) Penilai jurnal 30%